Laman

Kamis, 31 Mei 2012

Bacalah Sebelum Anda dibacakan...


BACALAH SEBELUM ANDA DIBACAKAN
 
> Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
> para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
> menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
> baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

>
> Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
> meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
> memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
> Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
> orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
> telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
> memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
> mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian
> Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
> baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada
> bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
> menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
> maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam,
> maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
Wahai orang muda,
> apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
>
> Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
> solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
> lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti
> akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
>
> Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
> mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka
> membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
> leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu
   mereka cuba membunuh ular itu.
>
> Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
>
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
> membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
> memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
>
> Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
> mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
> antaranya ;
>
>
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
> 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
> 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
>
> Maka inilah balasannya".
>
> JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
> KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
>
>                                                          

Tidak ada komentar:

Posting Komentar